Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah melakukan tinjauan dan pemeriksaan di pusat Kasino Genting Highlands, pada Isnin malam, bagi memastikan kawasan itu ditutup sepenuhnya.<br />Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pemeriksaan itu selaras arahan penutupan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
